Kelindan maut, lori bertembung kereta

Kelindan maut, lori bertembung kereta

KEADAAN kereta Proton Preve yang remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang, Kelantan hari ini.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi, mangsa, Khairul Anuar Abdul Jalil, 53, maut dilokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Mitsubishi Fuso yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Lipis.

Menurutnya, setiba dilokasi kereta jenis Proton Preve dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan lori.

“Kereta tersebut kemudian telah bertembung dengan lori yang dipandu rakan mangsa berusia 38 tahun. Akibatnya, kelindan lori berkenaan telah meninggal duni di lokasi. Pemandu lori dan kereta itu telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN