Keldai akaun tipu pelaburan Bitcoin ditahan polis

Keldai akaun tipu pelaburan Bitcoin ditahan polis

SUSPEK lelaki dipercayai keldai akaun sehingga menyebabkan seorang mangsa mengalami kerugian sebanyak RM129,970 ditahan polis di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi keldai akaun dalam satu sindiket penipuan melibatkan urusan pelaburan Bitcoin secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM129,970.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Bayan Lepas semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, beliau berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun telah membuat satu laporan polis di Bayan Baru selepas menyedari dia ditipu oleh sindiket terbabit.

“Suspek dikatakan telah menawarkan pelaburan Bitcoin kepada mangsa dengan keuntungan sebanyak 200 peratus setahun, namun, mangsa tidak mendapat sebarang pulangan.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke dalam akaun bank yang berbeza termasuk milik suspek yang ditahan sejak 11 Julai hingga 10 Ogos.

“Kesemua wang yang telah diserahkan untuk pelaburan tersebut menerusi transaksi bank membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM129,970,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarul, ketika ini, suspek lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya