Kejohanan Golf 750 Melaka akan dijenamakan semula

Kejohanan Golf 750 Melaka akan dijenamakan semula

SHAHRIN MUHARAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kejohanan Golf 750 Melaka yang menjadi tumpu­an pemain golf amatur seluruh negara dan negara jiran akan dijenamakan semula selepas terhenti sejak empat tahun lalu.

Presiden baharu Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM), Shahrin Muharam berkata, kejohanan tersebut yang diper­kenalkan pada 2013 dirancang untuk diadakan semula sempena Melaka menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) tahun depan.

Menurutnya, sepanjang tujuh tahun kejohanan tersebut diadakan, ia berjaya menarik penyertaan lebih 8,400 pemain yang bertarung di empat lokasi berasingan.

Beliau berkata, kali terakhir kejohanan itu diadakan pada 2019  telah menarik penyertaan kira-kira 1,200 pemain dan selepas itu ia tidak diadakan semula walaupun ada ura-ura diadakan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kejohanan Golf 750 perlu dijenamakan semula kerana kejohanan ini sebenarnya menjadi mercu tanda tarikan ramai pemain golf dari seluruh negara termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Ini kerana bukan sahaja hadiah yang ditawarkan cukup lumayan tetapi hadiah kereta dan motosikal untuk cabutan bertuah memang dinanti-nantikan dalam kalangan pemain.

“Saya banyak menerima pandangan daripada kaki-kaki golf yang menyarankan kejohanan amatur terhebat itu diadakan semula,” ujarnya.

Shahrin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bagi mengemukakan cadangan untuk menghidupkan semula Kejohanan Golf 750 tahun depan.

Sementara itu, beliau diberi kepercayaan menerajui tampuk kepimpinan PGNM untuk tempoh 2024 hingga 2026 selepas penyandangnya, Datuk Khamis Abu Samah meninggal dunia pada 29 April lalu.

Brigedier Jeneral (B), Datuk Adnan Adam mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden buat penggal kedua selepas turut menang tanpa bertanding.

Bagi dua jawatan Naib Presiden pula Brigedier Jeneral (B) Datuk Dr. Farid Yahya mengekalkan jawatan tersebut untuk penggal kedua manakala Mejar (B) Mahmood Hamzah adalah muka baharu yang dipilih dalam saingan tiga penjuru. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya