Kejayaan Amer Harris pembakar semangat atlet negara

Kejayaan Amer Harris pembakar semangat atlet negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan pelumba muda negara,  Amer Harris Jefry yang menempah kejuaraan di Hyundai N Cup di Zhuhai, China semalam perlu menjadi pembakar semangat atlet negara untuk mengharumkan nama tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Amer Harris yang menjulang kejuaraan dalam kejohanan tersebut.

“Kecemerlangan anak muda ini yang mendapat dukungan kukuh keluarganya perlu membakar semangat atlet-atlet negara, khususnya yang sedang meningkat naik untuk terus berusaha keras hingga mencapai kejayaan dan mengharum nama negara,” katanya dalam Facebook beliau.

Amer Harris, 25, menjuarai perlumbaan anjuran divisyen prestasi Hyundai itu pada pusingan yang berlangsung sempena perlumbaan lasak Shanghai 8 Hours di Litar Antarabangsan Zhuhai.

Memulakan langkah ke alam profesional sejak usia 11 tahun pada tahun 2014 menerusi penyertaan dalam perlumbaan go-kart di peringkat Asia seperti RotaxAsia Max, X30 SEA, RokCup & AKOC, antara kejayaan yang diraih Amer adalah muncul juara keseluruhan kejuaraan berkenaan pada tahun 2016.

Selain kejuaraan Hyundai N Cup, anak muda itu turut beraksi dalam beberapa lagi kejuaraan antaranya Thailand Super Series Supercar GT4 pada tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya