Kejadian lubang benam tidak merebak ke lokasi lain

Kejadian lubang benam tidak merebak ke lokasi lain

KERJA-KERJA membaiki lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak, Pulau Pinang yang dijalankan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pasukan Indah Water Konsortium (IWK) tidak mengesan sebarang kebocoran lain di sekitar lokasi kejadian lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berkata, kejadian lubang benam itu juga tidak merebak ke lokasi lain dan ia disahkan oleh pasukan IWK selepas menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan lubang benam tersebut, semalam.

“Berdasarkan laporan awal, hanya kawasan di lubang benam ini sahaja berbahaya manakala kawasan sekitar masih selamat kerana memang tiada sebarang pergerakan atau paip kumbahan yang bocor milik IWK di situ,” katanya dalam sidang akhbar di sini. hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai kejadian lubang benam yang mengakibatkan tayar sebuah bas sekolah hampir tenggelam di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, jalan menuju ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point terpaksa ditutup buat sementara waktu, termasuk laluan dari Taman Sri Nibong ke Krystal Point.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Barat Daya telah menerima laporan mengenai kejadian lubang benam sebesar 10 meter dengan kedalaman tiga meter ini kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, terdapat tanah aktif masih terhakis dan limpahan air keluar melalui lubang tersebut. Sehubungan itu katanya, pihak JKR telah memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan telah menutup kawasan tersebut.

“Pihak IWK pula telah mula memasuki tapak (lokasi) dan melaksanakan kerja-kerja kecemasan pada pukul 11.30 malam semalam dan pagi ini, mereka (IWK) sekali lagi berada di situ bagi mengkaji kaedah mitigasi. Kerja-kerja pembaikan paip pula dijangka siap dalam tempoh tujuh hari,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya