Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sahut seruan Hari Sukan Negara

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sahut seruan Hari Sukan Negara

KAKITANGAN Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu bertanding tenpin boling sempena sambutan Hari Sukan Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu mengadakan pertandingan tenpin boling sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024 pada 25 Oktober lalu.

Aktiviti itu disertai oleh kakitangan kedutaan dan keluarga mereka, serta warga Malaysia yang berada di Nepal.

Kedutaan dalam kenyataan memaklumkan, hampir 30 orang berkumpul bagi merealisasikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kedutaan yang telah diadakan di sebuah pusat boling di Wonderland, Baisepathi, Kathmandu. 

Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan rakyat Malaysia yang berada di Nepal terutamanya di Kathmandu di samping mengajak cara hidup yang sihat serta merapatkan lagi hubungan antara kakitangan kedutaan dengan masyarakat Malaysia di Nepal.

Majlis bermula dengan ucapan oleh Kuasa Usaha Sementara, Mohd. Firdaus Azman dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan, diikuti majlis makan tengah hari. 

Secara keseluruhannya, program berjaya mencapai objektif membudayakan sukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya