Kedah hilang KDNK akibat tiada pelabuhan, lapangan terbang kargo - Sanusi

Kedah hilang KDNK akibat tiada pelabuhan, lapangan terbang kargo – Sanusi

Muhammad Sanusi Md. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, Kedah kehilangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negeri lain kerana tidak mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang kargo walaupun berjaya menarik pelaburan besar beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, ketiadaan infrastruktur penting tersebut mengakibatkan Kedah terlepas peluang mendapatkan peruntukan tambahan berdasarkan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri-negeri.

“Saya sudah sebut banyak kali dah bila KDNK tidak mengambil kira produktiviti negeri ini tapi produk itu dijumlahkan di mana ia dieksport. Untunglah negeri yang ada pelabuhan, ada lapangan terbang. Ia (hasil) tidak dijumlahkan sebagai KDNK kita, jadi KDNK orang lain padahal diproduksi di sini.

“Sebab itulah kita nak ada lapangan terbang, kita nak ada pelabuhan. Lepas ini baru depa tahu barang itu mai dari mana,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran The Greater Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Sanusi, Kedah juga terlepas peluang mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kutipan cukai dari negeri-negeri.

“Berdasarkan peningkatan hasil kutipan dari setiap negeri setiap tahun, ada bahagian peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Namun, memandangkan produk-produk itu diambil kira di negeri lain, peningkatan KDNK diberikan kepada negeri-negeri tersebut, jadi kami kehilangan peluang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, ia merugikan walaupun Kedah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM68.3 bilion pada 2021, diikuti RM13.1 bilion (2022) dan RM28.7 bilion (2023).

“Bagi tahun ini, pelaburan yang diluluskan setakat ini telah mencecah RM31 bilion, dengan Kedah mendahului negeri-negeri lain dalam pelaburan sektor pembuatan,” katanya.

Pada Jun tahun lepas, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru semua pihak yang berkepentingan untuk mengetepikan perbezaan peribadi bagi merealisasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Sultan Sallehuddin berkata, KXP yang merupakan sebahagian daripada cadangan projek mega Kedah Aerotropolis, berhak mendapat pertimbangan yang adil kerana ia penting untuk pertumbuhan ekonomi di negeri dan negara secara keseluruhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya