Kedah banjir lagi, Baling kembali dinaiki air - Utusan Malaysia

Kedah banjir lagi, Baling kembali dinaiki air

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan penduduk yang terperangkap banjir di Baling. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang dilaporkan pulih di negeri ini semalam tidak berpanjangan apabila daerah Baling kembali dinaiki air sejak malam tadi yang menjejaskan 199 mangsa daripada 66 keluarga, sehingga pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan selepas empat mukim dinaiki air ekoran hujan lebat.

Antara penempatan yang terjejas adalah Kampung Charuk Bakap; Kampung Parit Panjang; Kampung Tembak B; Kampung Baru; Kampung Pokok Setol dan Kampung Depan Sekolah.

Kampung Tanjung Pari; Kampung Banggol Deram; Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Lahar dilaporkan turut terjejas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya