Kebolehpasaran bidang pertanian menurun 

Kebolehpasaran bidang pertanian menurun 

ABDUL RAHMAN MOHAMAD/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kajian terhadap kebolehpasaran bidang pertanian perlu dibuat segera berikutan ia menunjukkan penurunan yang boleh menyebabkan sektor itu terjejas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah pekerja kemahiran pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan antara 2020 hingga 2024 hanya meningkat daripada 73 kepada 236 orang dalam tempoh berkenaan. 

“Dibandingkan dari segi pengurusan berjumlah 40,000 orang umpamanya pertukangan 6,000 orang dan profesional 75,000 orang. 

“Data yang dinyatakan oleh Padang Terap sebentar tadi amat berketepatan dan mungkin pihak kementerian terlibat perlu memikirkan soal ini dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membantu melalui HRD Corp dan Tabung Kemahiran untuk melatih mereka.

“Saya pun sering berfikir kenapa sektor pertanian amat menurun. Kita perlu buat kajian bersama mengenai apakah punca sektor pertanian ini menurun tetapi sektor lain meningkat dan kebolehpasaran itu amat tinggi sekali,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang menyatakan sama ada Kesuma mempunyai perancangan untuk memastikan graduan bidang pertanian  mempunyai kemahiran yang sepadan dengan keperluan kerjaya masa kini susulan kadar kebolehpasaran graduan pertanian menurun sebanyak 5.6 peratus pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya