Kebebasan bersuara akademik harus diterima

Kebebasan bersuara akademik harus diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli akademik perlu diberikan ruang kebebasan bersuara dalam melahirkan pandangan berhubung isu yang membabitkan kepentingan awam.

Rektor Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar berkata, langkah kebebasan bersuara membabitkan dalam kalangan ahli akademik khususnya dalam membicarakan soal masyarakat perlu disambut baik.

Bagaimana katanya, kebebasan itu perlu dipastikan tidak disalahgunakan oleh segelintir pihak tertentu.

“Kita serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi di peringkat UIAM, kita menyambut baik kebebasan bersuara khususnya membabitkan akademik.

“Sebenarnya kita berpegang kepada prinsip itu, kebebasan berakademik, kebebasan membicarakan soal kemasyarakat.

“Namun kita perlu memastikan kebebasan itu tidak disalahgunakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Didik Madani Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di UIAM Kampus Gombak dekat sini hari ini.

Terdahulu, majlis berkenaan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Tinggi bakal mengkaji semula Akta Badan-Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605) khususnya untuk memberikan pengecualian kepada universiti awam dalam arahan tertentu termasuk mengeluarkan kenyataan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata kajian berkenaan akan membolehkan universiti awam khususnya tidak terikat dalam menyampaikan pandangan masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr. Azlinda Azman berkata, pihaknya masih di peringkat perbincangan untuk melihat semula Akta 605.

Beliau memaklumkan, pihaknya sedang meneliti perkara itu dengan sebaik mungkin.

“Sebenarnya ada cubaan untuk melihat semula mengenai Akta 605. Jadi kita sedang di peringkat perbincangan dengan meneliti dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui dalam majlis sama.

Ia susulan surat pekeliling yang tular baru-baru ini dikeluarkan sebuah universiti kepada seluruh warga akademik dan petugas berhubung arahan supaya pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam termasuk di media sosial yang mencetuskan pertikaian banyak pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya