Kebakaran empat kilang tidak menyebabkan pencemaran

Kebakaran empat kilang tidak menyebabkan pencemaran

KEADAAN asap tebal akibat empat kilang terbakar di Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI:  Kebakaran empat kilang yang menyebabkan asap tebal  di kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, di sini semalam tidak menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata,  ini berdasarkan siasatan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di lokasi kejadian dan penilaian ujian kualiti udara mendapati tiada kesan pencemaran.

Katanya, ini sekali gus menafikan dakwaan tular dalam media sosial yang mendakwa berlakunya pencemaran bau dan terhidu bahan kimia berpunca daripada kebakaran kilang itu.

“Ujian kualiti udara  tidak menunjukkan sebarang pencemaran kimia di udara,” katanya selepas melawat lokasi kejadian kebakaran di kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi, empat kilang terbabit terbakar hingga menyebabkan tiga lelaki  Bangladesh dipercayai pekerja kilang melecur 30 peratus.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya