Keadaan terkini Roslan Saleh buat netizen sebak - Utusan Malaysia

Keadaan terkini Roslan Saleh buat netizen sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang berkongsi keadaan terkini pelakon veteran, Roslan Saleh yang dilihat semakin uzur.

Perkara itu telah dimuat naik oleh Ustaz Taufik yang turut memperlihatkan pelakon veteran itu hanya terbaring di atas katil ketika dirawat oleh isterinya, Zainun Majid.

“Wanita syurga ini lah yang setia menjaga Pak Lan siang dan malam tanpa rasa jemu dan putus asa walaupun keadaan Pak Lan yang buta matanya dan uzur tubuh badannya sejak empat tahun lepas,” katanya di kapsyen.

Dalam masa sama, pemilik akaun tersebut turut mendoakan agar Zainun diberikan kekuatan dan dikurniakan ganjaran syurga kerana menjaga pelakon itu dengan baik.

“Moga Allah kurniakan isteri Pak Lan ini sebaik-baik ganjaran iaitu ganjaran syurga Firdaus atas sebab pengorbanannya terhadap suami tercinta, Roslan Saleh atau Pak Lan,” katanya lagi.

Sebak melihat keadaan terkini pelakon itu, rata-rata netizen mendoakan agar Roslan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Moga ada keajaiban buat Pak Lan,” komen seorang netizen.

“Moga diberikan kesembuhan untuk penyakit Pak Lan, dan dipermudahkan semuanya,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Ya Allah, permudahkan segala urusan Pak Lan dan angkatlah kesakitannya. Ya Allah, Ya Mujid, amiin,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini, pelakon veteran itu dikhabarkan hilang penglihatan selepas menghidap penyakit kencing manis selama beberapa tahun hingga membuatkan dia sukar untuk bergerak.

Keadaan kesihatannya yang kurang baik itu membuatkan Roslan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN