KD Pendekar berjaya diapungkan - TLDM

KD Pendekar berjaya diapungkan – TLDM

SUMBER Facebook TLDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lalu akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang kelmarin.

Menerusi  kenyataan yang dikeluarkan TLDM, kapal itu diapung pada pukul 4.38 petang menerusi operasi salvaj dan berjaya diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.

“Lokasi kapal berkenaan karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan itu.

“Masa hadapan kapal berusia lebih 45 tahun itu akan diputuskan bersekali dengan rancangan ‘Phasing In–Phasing Out’ kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM,” menurut kenyataan itu.

TLDM turut memaklumkan bahawa kapal itu sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada TLDM, manakala punca dan faktor menyebabkan insiden berkenaan sedang disiasat lembaga siasatan.

Pada 25 Ogos, KD Pendekar dilaporkan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar akibat terlanggar objek bawah air di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor sebelum tenggelam sepenuhnya pada petang hari yang sama.

Tiga hari kemudian, seorang anggota penyelam TLDM Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan operasi salvaj kapal berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya