Kawasan tanah runtuh Taman Melawati kini selamat

Kawasan tanah runtuh Taman Melawati kini selamat

Tanah runtuh
AMIRUDIN Shari bersama Hussein Omar Khan memeriksa khemah PKTK sumbangan kerajaan Selangor kepada polis Selangor di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kawasan tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang kini disahkan selamat oleh pihak berkuasa dan penduduk sudah pun dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerja-kerja baik pulih tanah runtuh itu sudah pun dimulakan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang dinding penghadang sementara di sekitar lereng bukit kawasan terlibat.

“Dinding penghadang diletakkan bagi menghalang gelongsoran tanah susulan di kawasan kejadian.

“Kerajaan negeri sudah pun menerima laporan berkenaan kejadian tersebut baru-baru ini dan akan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi menentukan tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tiga buah khemah Pos Kawalan Tempatan Kejadian (PKTK) kepada polis Selangor, semalam.

Terdahulu, beliau menyerahkan kelengkapan operasi bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mewakili Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerima kesemua khemah berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hujan lebat yang bermula sejak awal 15 Oktober lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati.

Kejadian tersebut tular dalam media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Malah, aliran air deras dari bukit turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati terdapat lebih 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu, penghuni 20 buah rumah di sekitar kawasan kejadian telah diminta berpindah ke tempat lain sehingga keadaan kembali selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya