Kausar Wealth tawar peluang kerjaya industri pewarisan harta - Utusan Malaysia

Kausar Wealth tawar peluang kerjaya industri pewarisan harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. (KWM) komited melahirkan lebih ramai perunding pewarisan harta Islam, seiring dengan matlamat memastikan pewarisan harta kepada generasi seterusnya dapat dilakukan sekali gus membendung lambakan harta yang dibekukan.

Pengarah Urusan KWM, Khamarul Azhar Hashim berkata, harta yang dibekukan di negara ini mencecah RM70 bilion dan 90 peratus daripadanya adalah harta pusaka milik orang Islam.

“Akibatnya harta pusaka tidak dapat diwarisi oleh waris, malah sudah banyak kes yang kami kendalikan, rata-rata ahli waris bergaduh kerana berebut harta pusaka sehingga ada yang terputus hubungan.

“Keadaan ini cukup membimbangkan, Bayangkan jika mangsa keadaan itu adalah ahli keluarga anda sendiri, sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat dan terpaksa menanggung hutang?” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Khamarul, disebabkan lambakan harta beku tersebut, pihaknya membuka peluang kerjaya dalam industri pewarisan harta Islam yang dianggap sebagai kerjaya profesional, secara tidak langsung membantu masyarakat Islam di Malaysia supaya dapat merancang dan menguruskan harta ketika hidup bagi mengelakkan perbalahan sesama waris.

“Antara kelebihan yang bakal diperolehi sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam di bawah KWM ialah kepuasan kerja, pasaran luar biasa, ganjaran pendapatan, kebebasan masa dan fleksibiliti serta latihan yang berkualiti tinggi.

“Selain mendapat peluang pekerjaan, secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat dengan ilmu fardu kifayah, dapat mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan membantu menyelesaikan urusan pusaka,” ujarnya.

KWM telah membimbing lebih dari 2,300 Perunding Pewarisan Harta Islam sejak ditubuhkan pada 2015.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KWM, Suzana Abu Bakar berkata, pihaknya berhasrat untuk melahirkan seramai 5,000 perunding berlesen menjelang 2029 supaya dapat membantu seramai mungkin keluarga di seluruh Malaysia membuat perancangan ketika hidup.

“Pihak kami juga membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia yang tinggal diluar negara supaya dapat membantu mereka yang berhijrah di negara jiran merancang harta mereka yang ada di Malaysia.

“Setakat ini, kami mempunyai pelanggan yang berada di luar negara seperti Singapura Jerman, Dubai, Arab Saudi dan Australia.

“Kami turut mempunyai kursus secara dalam talian, jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan latihan serta bimbingan walaupun tinggal di luar negara”, ujarnya.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau hubungi pejabat Kausar Wealth di talian 03-76217242/43 atau layari laman web di www.kausarwealth.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya