Kastam guna 66 mesin pengimbas AI kesan barang seludup

Kastam guna 66 mesin pengimbas AI kesan barang seludup

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 66 unit mesin pengimbas baharu dengan dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang mula beroperasi di pintu-pintu masuk utama negara meliputi udara, darat, dan air telah menggunakan teknologi dual-view dual energy system bagi mengesan penyeludupan barang terlarang dengan ketepatan 100 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin memberitahu Mingguan Malaysia, mesin pengimbas dengan teknologi terkini itu membolehkan tahap pemantauan terhadap barangan yang dibawa oleh penumpang dipertingkatkan selain menangani isu penyeludupan dadah ke negara ini.

Kata beliau, teknologi dual-view ini membolehkan pemaparan imej dari dua sudut iaitu pandangan sisi dan atas sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pegawai untuk menganalisis imej pengimbasan.

“Mesin pengimbas yang dilengkapi dengan teknologi AI ini dapat mengenal pasti barangan yang diimbas dalam masa 20 hingga 30 saat dengan ketepatan 100 peratus.

“Sebanyak 66 unit mesin pengimbas baharu ini telah mula beroperasi sejak awal tahun ini dalam mengekang penyeludupan seterusnya mengurangkan risiko ketirisan hasil,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JKDM turut memperolehi penambahan 20 ekor anjing pengesan dadah (APD) jenis Labrador Retriever pada 7 Jun lalu bagi aktiviti penguatkuasaan dalam pengesanan narkotik diperkasakan

“Anjing-anjing ini telah diperoleh dari India dan semua APD ini telah menjalani latihan serta diserahkan kepada negeri-negeri di seluruh negara pada 24 September lalu,” jelasnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, JKDM yakin dan optimis dapat melepasi sasaran kutipan hasil sebanyak RM56 billion tahun ini selepas memungut sebanyak RM48.97 billion bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September lalu.

Jumlah ini sekali gus menyaksikan pungutan hasil dalam tempoh berkenaan telah melebihi sasaran semasa yang ditetapkan Kementerian Kewangan iaitu sebanyak RM42.42 billion.

Pencapaian luar biasa itu berkat usaha dan kerjasama semua pegawai JKDM dengan berpaksikan perspektif CTI iaitu Cepat, Tangkas dan Berintegriti.

Selain hasil manifestasi dan perubahan yang dilakukan oleh JKDM dalam menguatkuasakan undang-undang.

Kejayaan itu boleh dilihat apabila pungutan hasil telah mencatatkan lebihan sebanyak RM6.54 billion atau 15.43 peratus.

Bagi prestasi Bahagian Penguatkuasaan, sebanyak 5,196 kes direkodkan sehingga 31 Ogos lalu dengan nilai rampasan barangan termasuk duti atau cukai berjumlah RM1.25 bilion.

Ini adalah peningkatan nilai sebanyak 42.47 peratus berbanding RM884.26 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Komoditi yang dirampas merangkumi rokok, minuman keras, dadah, kenderaan, mercun dan bunga api serta lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya