Karnival Muhibbah 2024 erat hubungan komuniti setempat

Karnival Muhibbah 2024 erat hubungan komuniti setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Karnival Muhibbah 2024 janjikan pelbagai aktiviti menarik seisi keluarga berlangsung di Surau Al-Amin, Alam Sari, bermula pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang pada 26 Oktober ini.

Jurucakap majlis berkata, karnival itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti setempat selain menyediakan platform aktiviti bagi pelbagai peringkat umur.

Katanya, antara aktiviti disediakan termasuk Mini Petting Zoo, face painting, permainan buih dan pasir.

“Karnival ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim dalam komuniti serta menyediakan platform untuk semua peringkat umur menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Mengulas lanjut, menurut jurucakap majlis, karnival itu turut menyediakan 20 gerai makanan selain pemeriksaan kesihatan percuma.

Katanya, pengunjung diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan glukosa dan saringan awal kanser serviks.

“Pengunjung juga boleh menikmati hidangan lazat di 20 gerai makanan dan jualan but kereta, di mana pelbagai barangan menarik menanti untuk dibeli.

“Selain keseronokan, karnival ini juga memberi peluang untuk menjaga kesihatan dengan pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya.

Tambahnya, kemasukan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

“Semua dijemput hadir untuk merasai keseronokan, ilmu dan ukhuwah yang terjalin dalam Karnival Muhibbah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya