Kanak-kanak warga Vietnam maut terkena rekahan simen

Kanak-kanak warga Vietnam maut terkena rekahan simen

SERPIHAN rekahan simen yang pecah dari sebuah restoran makanan segera bertaburan di atas jalan di Kompleks Al-Azim, Bukit Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki warga Vietnam maut selepas terkena rekahan simen pecah ketika mengikuti bapanya ke sebuah bank di Kompleks Al-Azim, Bukit Baru di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa, Ong Lun Keat, 7, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka akibat kecederaan parah ditimpa objek berat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa bersama adiknya berusia lima tahun mengikut bapa mereka ke sebuah bank.

“Ketika keluar dari bank tersebut, rekahan simen dari sebuah restoran makanan segera bersebelahan pecah lalu jatuh sebelum menimpa mangsa. Adik dan ayah mangsa berusia 42 tahun turut terkena serpihan batu dan mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.18 malam oleh pegawai perubatan. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat ditimpa objek berat,” katanya.

Tambah Christopher, susulan kejadian itu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga pengurus restoran makanan segera terbabit.

“Tujuan laporan dibuat untuk siasatan dalaman syarikat dan tuntutan insurans. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan kejadian berlaku di tempat awam dan melibatkan kanak-kanak bawah umur,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya