Kanak-kanak putus kepala disambar buaya semasa mandi  pantai

Kanak-kanak putus kepala disambar buaya semasa mandi  pantai

MANGSA kanak-kanak lelaki maut disambar buaya ketika mandi bersama rakan di Pantai Sinakut Felda Sahabat, Desa Kencana, di Lahad Datu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki mandi di pantai bertukar tragedi apabila mangsa maut disambar buaya dalam kejadian di Pantai Sinakut Felda Sahabat, Desa Kencana, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kepala dan  tangan sebelah kanan putus.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku semasa mangsa bersama lima rakan lain mandi di Pantai Sinakut.

“Semasa mandi mangsa  disambar dan diheret oleh seekor buaya ke tengah laut. Usaha mencari dan menyelamat  dilakukan oleh ahli  keluarga dan penduduk kampung tetapi gagal,” kata beliau.

Beliau berkata, selepas usaha mencari tidak berjaya pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Desa Kencana sebelum empat anggota  dihantar ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan putus kepala dan tangan sebelah kanan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya