Kanak-kanak 9 tahun antara 120 mangsa penderaan seksual P Diddy - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 9 tahun antara 120 mangsa penderaan seksual P Diddy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kontroversi membabitkan penyanyi rap, Sean Diddy Combs atau P Diddy semakin hangat dibincangkan apabila kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan menjadi antara 120 mangsa penderaan seksual oleh selebriti itu.

Peguam mewakili mangsa, Tony Buzbee mendakwa selebriti berpengaruh Hollywood itu melakukan jenayah tersebut berulang kali kepada kanak-kanak bawah umur.

Buzbee mendakwa, P Diddy melakukan perkara itu ketika kanak-kanak berkenaan menghadiri sesi ujibakat di agensi miliknya, Bad Boy Records Studio di New York.

“Kanak-kanak 9 tahun itu hadir bersama rakan sebaya yang lain. Mereka semua mahu cuma nasib mendapatkan tawaran kontrak rakaman. Semuanya masih bawah umur.

“Namun kanak-kanak 9 tahun ini telah mengalami penderaan seksual oleh Sean Combs serta beberapa individu lain di studio tersebut.

“Combs berjanji kepada ibu bapa kanak-kanak ini untuk memberikan kontrak rakaman kepada mereka,” katanya dalam satu sidang media khas, semalam.

Terdahulu, Buzbee mendedahkan, firma guamannya telah dihubungi 120 individu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bintang berpengaruh itu.

Daripada jumlah itu, 25 individu adalah kanak-kanak bawah umur.

Sebelum ini, Combs atau P Diddy ditahan atas dakwaan pemerdagangan orang antara negara serta serangan gangguan seksual.

Bagaimanapun, 25 mangsa serangan seksual telah pun memberi kenyataan mereka secara langsung kepada FBI. Hasil ujian menunjukkan kebanyakan mangsa dibius sebelum diberikan ubat penenang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya