Kanak-kanak 6 tahun disyaki didera bapa kandung, ibu tiri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 6 tahun disyaki didera bapa kandung, ibu tiri

KANAK-kanak berusia enam tahun yang disyaki mangsa dera ayah kandung dan ibu tiri di Bagan Serai. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sepasang suami isteri direman lima hari kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Taman Permai, Ladang Kalumpang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, suspek lelaki berusia 47 tahun merupakan bapa kandung kepada kanak- kanak tersebut.

Menurutnya, suspek wanita berusia 33 tahun merupakan emak tiri kepada kanak-kanak tersebut.

Katanya, kedua- dua suspek ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penderaan terhadap kanak-kanak tersebut pada pukul 5.30 petang Khamis lalu.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menahan seorang lelaki berusia 47 yang dipercayai bapa kandung kanak -kanak itu.

“Turut ditahan ibu tiri kanak-kanak itu yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di Ladang Kalumpang di sini bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya,  mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian muka, dada, perut, kedua-dua belah tangan, kaki dan paha akibat dipukul.

” Mangsa kini dirawat di Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, ketika tangkapan polis turut merampas beberapa alat yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Polis turut merampas tiga botol cecair disyaki air ketum.

“Kedua -dua suspek direman selama lima hari bermula dari tarikh ditangkap hingga 14 Oktober,” katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3)Akta Racun 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya