Kanak-kanak 5 tahun rentung, 38 rumah musnah terbakar

Kanak-kanak 5 tahun rentung, 38 rumah musnah terbakar

KEBAKARAN yang mengakibatkan seorang kanak-kanak rentung di Kampung Jati, Batu 5, Jalan Apas Tawau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran yang melibatkan 38 buah rumah di Kampung Jati, Batu 5, Jalan Apas Tawau, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah malam itu, manga yang berusia lima tahun ditemukan rentung selepas kira-kira empat jam operasi memadam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.55 pagi dan sepasukan 25 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Titingan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati 38 rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Semasa operasi pemadaman dilakukan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan rentung pada pukul 4.50 pagi. Api berjaya dikawal pada pukul 2.28 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, 11 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Buah Pandai, Kota Belud kira-kira pukul 4.09 pagi.

Ketua BBP Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.09 pagi dan sepasukan 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, katanya, didapati 11 rumah di kawasan seluas 1,627 meter terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam kebakaran di perkampungan atas air tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN