Kali pertama perintah tangkapan isu tunggakan gaji kelab bola sepak - PFAM

Kali pertama perintah tangkapan isu tunggakan gaji kelab bola sepak – PFAM

IZHAM Ismail (dua kiri) dan barisan peguam di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – “Ini kali pertama satu perintah tangkapan dikeluarkan mahkamah bagi kes tunggakan gaji kelab bola sepak.”

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Izham Ismail berhubung penahanan bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United yang didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM2 juta.

Menurut beliau, pihaknya memperjuangkan kes itu selama tujuh tahun yang menyebabkan penderitaan pemain dan pegawai kelab itu sebelum ini.

“Perkara ini dianggap sebagai amaran kepada semua pemilik kelab atau persatuan supaya peka dengan hak pemain terutama melibatkan tunggakan gaji.

“Kami mahu industri bola sepak tanah air memandang serius dan berharap isu seumpama itu tidak berulang sehingga ke tahap penahanan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Izham, PFAM turut meminta pemain yang menghadapi isu sama tampil membuat laporan kepada pihaknya bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, seorang lelaki bergelar Datuk ditahan selepas didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gahi melibatkan 47 pemain dan pegawai pasukan itu pada 2018.

Individu berusia lingkungan 50-an itu ditahan selepas selesai prosiding sebutan berkaitan satu kes penipuan lain di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Penahanan itu dilakukan mengikut perintah komital yang telah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Berdasarkan fakta kes, bekas pemain Kuantan FA menuntut sejumlah RM3 juta manakala bekas pegawai pula sebanyak RM1.2 juta yang tertunggak sejak 2018 lalu.

Tuntutan sama turut dibuat bekas pemain dan pegawai Marcerra United dengan anggaran keseluruhan RM2 juta, menjadikan nilai keseluruhan lebih RM6 juta.

Jumlah itu perlu diselesaikan pengurusan kelab tersebut berdasarkan kontrak yang terlibat.

Sebagai rekod, pengurusan Marcerra bergabung de­ngan Kuantan FA untuk beraksi dalam Liga Premier pada 2018.

Namun, pasukan itu ‘bungkus awal’ selepas kegagalan membayar gaji pemain selama empat bulan sebelum disingkirkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Malah, nasib Marcerra United dalam kancah Liga FAM pada 2018 tuurt berakhir di tengah jalan ekoran kemelut kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya