Kakitangan kerajaan peserta pertama lulus Program Khas LLM

Kakitangan kerajaan peserta pertama lulus Program Khas LLM

Afifi Anuar menunjukkan lesen Kelas B yang diperolehinya pada hari pertama Sesi Ujian Penuh Pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B di Akademi Memandu Shah Alam (M) Sdn. Bhd, Sungai Merab Luar. Selangor semalam. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kakitangan kerajaan menjadi peserta pertama bagi Program Khas Peralihan Le­sen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM kelas B, Afifi Anuar, 30-an, berkata, dia merupakan pemegang lesen Kelas B2 kira-kira 20 tahun.

“Sangat teruja apabila layak sebagai peserta pertama untuk program khas ini.

“Hari ini (semalam), saya menjalani latihan selama dua jam sebelum mengambil ujian.

“Alhamdulillah, hanya sekali dan berjaya lulus walaupun rasa gemuruh kerana selepas beberapa tahun saya ambil semula lesen motosikal,” katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani ujian litar di Amsa Bangi Driving Academy, di sini semalam.

Tambah Afifi, pengalaman­nya menunggang motosikal dari rumah di Klang ke tempat kerja di Bangi banyak membantu untuk lulus ujian di program ini.

Biarpun belum memiliki mo­tosikal berkuasa tinggi, dia mahu mengambil peluang menyertai program berkenaan memandangkan melepasi sya­rat kelayakan ditetapkan.

“Sebelum ini, saya tiada masa dan peluang untuk mengambil lesen ini. Apabila layak (me­nyertai program berkenaan), saya terus mendaftar kerana bayaran untuk dapatkan lesen ini juga murah iaitu RM160.

“Apabila sudah berjaya (lulus ujian), pastinya saya berasa bangga,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli turut mengucapkan tahniah kepada Afifi.

“Beliau (Afifi) merupakan orang pertama yang dapat lesen Kelas B dalam program ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya