PETALING JAYA – Penyanyi, Kaka Azraff, 35, memilih mengunci mulut berhubung sebab perceraian dengan suami, Adam Azriff yang dilaporkan media sejak semalam.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff belum bersedia bercakap isu mengenai rumah tangga di samping meminta sesikit ruang.
“Salam maaf, beri saya ruang ya,” tulis pendek kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi Gila itu dikatakan telah bercerai talak satu.
Lafaz cerai dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam.
Berita tersebut mengejutkan banyak pihak kerana Kaka tidak pernah menunjukkan sebarang tanda perkahwinannya bermasalah.
Kaka sah berkahwin pada 14 Disember 2018 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.