Kadet Kor Suar: SPRM perkenal latihan persenjataan - Utusan Malaysia

Kadet Kor Suar: SPRM perkenal latihan persenjataan

AZAM Baki (empat dari kiri) bergambar bersama kadet Kor Suar yang menerima Pentauliahan Pegawai Integriti Muda di UniSZA, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan program latihan persenjataan dalam kursus kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor Suar) pada semester akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, modul baharu dalam kursus Kor Suar itu bertujuan memperkasakan program latihan tersebut pada masa hadapan.

Katanya, latihan senjata api itu akan menggunakan peluru hidup iaitu menyamai latihan secara berkala pegawai SPRM.

“Matlamat kami semua kadet Kor Suar turut mempunyai mempunyai kemahiran menembak menggunakan peluru hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Intergriti Muda (YIO) Kepada Kadet Kor Suar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 39 anggota kadet Kor Suar yang merupakan pelajar UniSZA menerima pentauliahan tersebut.

Azam memberitahu, UniSZA menjadi projek perintis penubuhan Kor Suar di pusat pengajian awam.

Katanya, pelajar terlibat perlu menamatkan kursus selama empat semester dan layak diperakukan sebagai Pegawai Integriti Muda (IPO) oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB).

“Saya berharap dengan pentauliahan 39 anggota kadet Kok Suar UniSZA ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak universiti awam untuk menawarkan kursus yang sama di kampus masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya