Kadar duti eksais minuman bergula naik 40 sen seliter

Kadar duti eksais minuman bergula naik 40 sen seliter

Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari 2025.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia antara paling obes di rantau Asia Tenggara dan salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit ialah gula.

Menurut Perdana Menteri, bagi menyokong gerakan War on Sugar, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.

“Tambahan hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya meliputi Penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

“Penyediaan rawatan Dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit selain FELDA yang turut menambah baik pusat dialisis mereka,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN