Juruukur tanah mengaku tak bersalah cuba bunuh dua anggota polis

Juruukur tanah mengaku tak bersalah cuba bunuh dua anggota polis

AMMAR Faris Zainulkifli (kiri) tiba di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang hari ini, bagi menghadapi tuduhan cuba membunuh dua anggota polis. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan cuba membunuh dua anggota polis, minggu lepas.

Tertuduh, Ammar Faris Zainulkifli, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian ke atas Lans Koperal Mas Safiq Azizan Matzrol dan Koperal Mohd Norhasmi Ab Razak, yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah, dengan cuba melanggar mereka menggunakan kereta jenis Honda Civic.

Kesalahan itu didakwa berlaku di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai pada pukul 4.50 petang, 25 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang berasal dari Kubang Semang, Bukit Mertajam itu dikemukakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Terdahulu, ketika prosiding, Jun Keong menawarkan wang jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan memandangkan dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit dan uzur.

“Pendapatan saya hanya RM1,200 dan saya juga perlu menjaga ibu yang sedang sakit tua,” katanya.

Juraidah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain menangguhkan kes pada 20 November ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya