Jurutera Singapura rugi hampir RM2 juta tertipu pelaburan saham

Jurutera Singapura rugi hampir RM2 juta tertipu pelaburan saham

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera Singapura rugi hampir RM2 juta akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud. 

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lelaki berusia 64 tahun itu tertarik dengan satu pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan ketika sedang melayari media sosial pada Disember lalu. 

“Mangsa kemudian telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan yang mana mangsa telah diberi penerangan mengenai cara-cara melabur. 

“Mangsa mengikut arahan suspek dengan memuat naik aplikasi yang diarahkan bagi tujuan pendaftaran dan memantau status pelaburan serta keuntungan yang diperoleh,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Menurut beliau, mangsa dijanjikan pulangan antara lima peratus hingga 12 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat. 

“Pada Februari dan Mac lalu, mangsa  mula melabur dengan membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun sebuah  bank di negara ini dengan jumlah keseluruhan RM1.948 juta. 

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal untuk membuat pengeluaran wang keuntungan sebagaimana dipaparkan dalam aplikasi bagi pelaburan berkenaan,” katanya.

Susulan itu, kata Kumar,  mangsa diarahkan membuat pelbagai bayaran lain termasuk cukai sekiranya mahu mendapatkan semula modal yang  dilaburkan.

Bagaimanapun, kata beliau, selepas mendesak untuk mendapat wang pelaburan, mangsa kemudian gagal menghubungi suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya