Juruteknik terjatuh dari platform SkyWalk Langkawi meninggal dunia

Juruteknik terjatuh dari platform SkyWalk Langkawi meninggal dunia

KHAIRUL NIZAM JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kakitangan Eagle’s Nest SkyWalk yang dilaporkan terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ditemukan meninggal dunia di lereng Gunung Mat Chincang, di sini.

Mayat Khairul Nizam Jaafar, 41, yang bertugas sebagai juruteknik di lokasi pelancongan itu ditemukan pada pukul 5.11 petang tadi setelah mangsa terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pemeriksaan serta pengesahan kematian dibuat oleh pihak hospital.

“Mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa baru sahaja bekerja sebagai juruteknik di situ sejak tiga bulan lalu.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan seorang juruteknik dikhuatiri hilang selepas terjatuh semasa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di platform kaca, di sini.

Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.15 tengah hari tadi memaklumkan mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 ke 50 meter.

Eagle’s Nest SkyWalk merupakan tarikan terbaharu di puncak Gunung Mat Chincang yang beroperasi bersebelahan dengan perkhidmatan kereta kabel Langkawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN