Jumlah mangsa berkurang, Sik pula dilanda banjir - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa berkurang, Sik pula dilanda banjir

ANGGOTA APM Daerah Sik memindahkan mangsa yang terperangkap akibat dilanda banjir di Kampung Jerai, Sik. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah merekodkan penurunan kepada 2,199 orang daripada 676 keluarga sehingga pukul 10 pagi ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Baling dan Sik.

Seramai 78 mangsa daripada 38 keluarga di Sik menjadi mangsa terbaru ekoran banjir yang berlaku di beberapa kampung di situ termasuk Pekan Sik yang dilanda banjir kilat selama dua jam, malam tadi.

Setakat ini, terdapat dua PPS dibuka di daerah itu iaitu di Surau Kampung Belimbing dan Balai Islam Kampung Tanjung Belit yang mula diaktifkan tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Chepir dinasihatkan sentiasa berwaspada berikutan paras air kini melepasi tahap bahaya.

Katanya, paras amaran bagi sungai itu adalah empat meter, namun kini melebihi lima meter akibat hujan lebat berterusan dari pukul 6 petang semalam hingga 6 pagi ini.

“Terdapat kira-kira 50 hingga 70 rumah di kawasan berdekatan sungai dan saya berharap mereka sentiasa berwaspada serta segera berpindah jika diarahkan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,221 orang daripada 370 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.

Ia diikuti Pendang yang kekal seramai 512 orang daripada 140 keluarga di dua PPS; Baling seramai 146 orang daripada 45 keluarga di lapan PPS; Kubang Pasu seramai 144 orang daripada 51 keluarga di dua PPS dan Pokok Sena seramai 98 orang daripada 36 keluarga di sebuah PPS.

Sementara itu, empat lagi sungai di Kedah berada dalam kategori bahaya iaitu Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling yang kini mencatatkan bacaan 37.57 meter (m) diikuti Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar (2.13m).

Dua lagi sungai di Kota Setar melibatkan Sungai Anak Bukit masing-masing di Jambatan TAR dan Taman Aman yang merekodkan 1.9m dan 3m. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya