Jumlah mangsa banjir menurun

Jumlah mangsa banjir menurun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir menyaksikan sedikit penurunan kepada 4,571 orang berbanding 4,585 setakat pukul 1 petang.

Bagaimanapun berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) menyaksikan peningkatan sebanyak 38 buah bagi menempatkan 1,397 keluarga terlibat.

Pahang kekal negeri paling ramai mangsa banjir iaitu 1,692 orang, diikuti Kedah (1,477), Perak (1,155), Sarawak (89), Melaka (31), Johor (17) dan Kuala Lumpur (lima).

Semalam, warga Lembah Klang dikejutkan dengan hujan lebat seawal pukul 7 pagi hingga menyebabkan kawasan di sekitar ibu negara serta Selangor mengalami banjir kilat termasuk kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, selain penutupan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sebagai persediaan operasi banjir.

Keadaan itu bukan sahaja menyebabkan kesesakan jalan raya, malah juga mengakibatkan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan selama 30 minit selepas ramai ahli Parlimen terperangkap susulan beberapa laluan dinaiki air berikutan hujan lebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya