Jumlah mangsa banjir di Perak semakin berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Perak semakin berkurangan

KEADAAN banjir di Daerah Kerian yang masih mencatat 62 mangsa yang ditempatkan di dua PPS hari ini. - UTUSAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak semakin berkurangan apabila 557 orang di tiga daerah masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 1,619 mangsa melibatkan  lima daerah yang ditempatkan di 12 PPS pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, tiga daerah yang masih dilanda banjir iaitu Hilir Perak melibatkan 284 mangsa di tiga PPS.

“Dua lagi daerah ialah Perak Tengah melibatkan 211 mangsa di tiga PPS dan Daerah Kerian seramai 62 mangsa di dua PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya