JSJN tambah perjawatan di 13 daerah Sarawak perangi dadah

JSJN tambah perjawatan di 13 daerah Sarawak perangi dadah

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menambah perjawatan anggotanya di 13 daerah di Sarawak sebagai langkah  pengukuhan keselamatan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin  Husain berkata, sokongan penuh diberikan beliau terhadap usaha proaktif JSJN memperkukuh kekuatan perjawatan di negeri berkenaan.

“Alhamdulillah, usaha ini juga mendapat perhatian dan sokongan daripada kerajaan negeri, dengan matlamat untuk mengekang pembabitan lebih ramai anggota masyarakat terjebak dalam penyalahgunaan dadah. 

“Selain itu, ia sebagai langkah pengukuhan keselamatan berikutan pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan anjuran JSJN di Bukit Aman, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin berharap pertambahan perjawatan itu dapat dipenuhi secepat mungkin.

Selain itu, beliau berkata, ancaman jenayah narkotik turut mengalami evolusi berikutan perkembangan teknologi seantero dunia. 

Jelas beliau, realitinya, perubahan corak penyalahgunaan dan penagihan dadah ketika ini semakin berbahaya. 

“Antara tahun 1960-an hingga 1990-an, aktiviti  penagihan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia memfokuskan kepada pengambilan dadah jenis tradisional seperti candu, heroin, morfin dan ganja.

“Namun, trend penyalahgunaan dadah berubah sejak 1990-an apabila kebanyakan penagih dadah menggunakan dadah jenis sintetik yang dihasilkan melalui pemprosesan bahan kimia sintetik seperti amphetamine, methamphetamine dan pil psikotropik,” jelasnya.

Beliau menambah, peralihan corak penagihan daripada dadah jenis tradisional kepada dadah jenis sintetik memberikan kemudaratan yang lebih besar berbanding penggunaan dadah jenis tradisional.

“Ini kerana membolehkan seseorang mengalami hilang ingatan atau kurang waras. 

“JSJN perlu sentiasa cakna dan proaktif selaras dengan perubahan globalisasi yang menjadikan sindiket dadah semakin licik dan kompleks,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya