JPJ Melaka kutip RM45,862.60 lelong kenderaan

JPJ Melaka kutip RM45,862.60 lelong kenderaan

MUHAMMAD Firdaus Shariff melihat sebahagian daripada motosikal untuk dilelong pada Program Pelelongan Awam Kenderaan Lucut Hak 2024 di JPJ Bukit Katil, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memperoleh sebanyak RM45,862.60 hasil lelongan kenderaan yang disita menerusi Program Pelelongan Awam Kenderaan Lucut Hak 2024, hari ini.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, lelongan itu yang diadakan di Dewan Tun Fatimah JPJ Bukit Katil membabitkan sebanyak 30 kenderaan iaitu 18 motosikal, 10 kereta dan dua buah kontena.

Menurutnya, sebanyak 23 kenderaan yang dilelong itu boleh dilesenkan manakala bakinya sebanyak tujuh kenderaan lain tidak boleh dilesenkan (scrap).

Beliau berkata, setakat ini JPJ merekodkan jualan tertinggi lelongan awam pada 2021 bernilai RM910,731.50 daripada 96 kenderaan dikuti pada 2022 melalui 30 kenderaan dengan nilai RM240,610.00 dan tahun lalu mengutip RM86,610.00 hasil lelongan 26 kenderaan.

“Hasil jualan kenderaan lelong bernilai RM45,862.60 di mana jualan lelongan awam tertinggi ialah RM9,750.00 membabitkan sebuah semi treler kontena dan terendah ialah sebuah motosikal dengan nilai RM78.

“Semua kenderaan yang dilelong telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta telah mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah,” 

Katanya kepada pemberita pada Program Pelelongan Awam Kenderaan Lucut Hak 2024 di sini hari ini.

Firdaus berkata, sebanyak 60 dokumen penjualan lelong telah dibeli pembida sejak dibuka kepada orang ramai pada 23 September lalu hingga hari ini dengan kadar bayaran RM50 senaskah.

Menurutnya, antara sebab utama kenderaan disita serta dilelong apabila pemilik berdaftar tidak menuntutnya apabila pemberitahuan tamat selepas tiga bulan pertama dan tambahan 30 hari surat peringatan, ruang tahanan amat terhad dan mendapat perintah mahkamah.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 667 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan telah disita dan kini berada di tempat tahanan sejak September lalu.

“Semua kenderaan ini dalam proses memberi peringatan, mendapatkan perintah mahkamah  dan sebagainya sebelum lelongan awam akan diadakan tahun depan,” ujarnya.

Antara kenderaan terbabit ialah motosikal sebanyak 479 buah, kereta (137), lori kecil (22), van (9), treler kargo (7), pick-up (6), jip (3), tanker (1), kontena (1) dan  lain-lain kenderaan (2). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya