JPJ Kelantan lelong 12 kenderaan klon

JPJ Kelantan lelong 12 kenderaan klon

MOHD. Misuari Abdullah (kanan) melihat kenderaan lelongan awam di Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong sebanyak 12 buah kenderaan klon dengan kutipan sebanyak RM119,000 menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita di Pejabat JPJ Kelantan, Panji, di sini.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, lelongan 12 kenderaan klon itu termasuk daripada 38 buah kenderaan yang dilelong jabatan tersebut kepada pembida.

Menurutnya, kenderaan klon itu terdiri kereta jenis Toyota Vios, Honda Jazz, Mercedes Benz dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mini jenis Toyota BB.

“Sebahagian kenderaan klon itu boleh dilesenkan manakala ada yang tidak boleh dilesenkan sekali gus tidak boleh digunakan di atas jalan raya.

“Kita memperoleh hasil keseluruhan sebanyak RM151,100 menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita untuk 38 daripada 42 buah kenderaan yang disita,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ Kelantan, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Misuari memberitahu, harga lelongan kenderaan paling rendah adalah RM50 melibatkan sebuah motosikal Modenas manakala bagi kenderaan pula ialah kereta klon jenis Toyota BB pada harga RM35,500.

Menurutnya, seramai 58 pembida menyertai lelongan awam melibatkan kenderaan yang disita dalam tempoh setahun.

“Kesemua 42 buah kenderaan yang disita melibatkan 24 kenderaan yang boleh dilesenkan manakala 18 lagi tidak boleh dilesenkan.

“Kenderaan yang dilelong itu ditempatkan di JPJ Panji, Stesen Penguat kuasa (SPK) Bukit Jawa, Pasir Puteh dan SPK Laloh, Kuala Krai,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mohd.Misuari berkata, pelupusan kenderaan telah dibuat sebanyak dua kali sejak 2022 yang melibatkan 66 buah kenderaan dengan memperoleh hasil kutipan RM226,584.

Katanya, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya menyemak status kenderaan atau membuat rujukan dengan pihak berkuasa terutamanya melibatkan pembelian kereta terpakai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya