JKDM Kelantan sita 6,719 liter air zamzam

JKDM Kelantan sita 6,719 liter air zamzam

SEBAHAGIAN air zamzam yang dirampas JKDM Kelantan dalam serbuan di sekitar Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. – IHSAN JDKM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menyita 6,719 liter air zamzam dan menahan dua lelaki pada 14 Oktober lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan ke atas sebuah stor dan dua buah premis perniagaan itu melibatkan rampasan air zamzam berjumlah RM146,237.52 termasuk nilai serta cukai.

Menurut beliau, air zamzam adalah barang larangan dengan pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah

Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023 serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita tidak menolak kemungkinan semua air zamzam ini untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, pihaknya mengesan modus operandi yang digunakan dengan pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam kegiatan menyeludup. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya