JKDM Kelantan sita 6,719 liter air zam-zam

JKDM Kelantan sita 6,719 liter air zam-zam

SEBAHAGIAN air zam-zam yang dirampas JKDM Kelantan dalam serbuan di sekitar Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. - IHSAN JDKM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menyita 6,719 liter air zam-zam dan menahan dua lelaki pada 14 Oktober lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan ke atas sebuah stor dan dua buah premis perniagaan itu melibatkan rampasan air zam-zam berjumlah RM146,237.52 termasuk nilai serta cukai.

Menurut beliau, air zam-zam adalah  barang larangan dengan  pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023 serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita tidak menolak kemungkinan semua air zam-zam ini untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, pihaknya mengesan modus operandi yang digunakan dengan pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam kegiatan menyeludup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya