Jimin BTS jadi mangsa ‘scam’ kawan industri, lesap RM300,000 - Utusan Malaysia

Jimin BTS jadi mangsa ‘scam’ kawan industri, lesap RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anggota kumpulan BTS, Jimin, antara selebriti yang menjadi mangsa scammer  seorang pelawak berpengaruh Korea Selatan, Lee Jin Ho.

Perkara itu disahkan agensi bakat BTS, Bighit Music, menyatakan Jimin berhadapan kerugian wang tunai bernilai 100 juta KRW bersamaan RM306,000. 

“Jimin mengalami kerugiaan. Apa yang dilakukan hanyalah menulis dan menandatangani surat gadai janji terbuka (promissory note) dan meminjamkannya kepada Lee Jin Ho,” tulis agensi berkenaan dalam satu kenyataan. 

Difahamkan, Lee meminjam wang berkenaan pada 2022 dan sepatutnya memulangkan kembali dalam tempoh seminggu. Bagaimanapun, Jimin terpaksa akur dan meminta pelawak berkenaan untuk memulangkan kembali wangnya dalam tempoh 10 tahun. 

Bukan hanya Jimin, pelawak itu turut meminjam wang daripada selebriti Lee Soo Geun berjumpa 10 juta KRW kira-kira RM30,000. Selain itu, Young Tak juga dilaporkan memberi pinjam wang yang tidak didedahkan jumlahnya. 

Bagaimanapun, agensi bakat yang menjaga Lee Jin Ho, SM C&C maklum akan perkara ini namun memilih berdiam diri. 

Malah, mereka turut membenarkan pelawak berkenaan untuk tampil di rancangan televisyen, Knowing Bros seperti tiada apa-apa yang berlaku. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya