Jika tidak puas hati cuti Sabtu, Ahad boleh pindah ke negeri lain -TMJ

Jika tidak puas hati cuti Sabtu, Ahad boleh pindah ke negeri lain – TMJ

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mempersilakan individu yang mempertikaikan penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad untuk berpindah ke negeri lain.

Titah baginda, ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu seperti yang dilakukan Johor ketika ini. 

Tunku Ismail bertitah, baginda membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad setelah mendapat izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Titah baginda, keputusan itu turut mendapat pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat di negeri ini.

“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya. 

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titah Tunku Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN