Jika tahu teknik, artis tidak perlu minum air atas pentas - M.Nasir - Utusan Malaysia

Jika tahu teknik, artis tidak perlu minum air atas pentas – M.Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Penyanyi yang mahir menguasai teknik nyanyian tidak akan minum air semasa membuat persembahan atas pentas.

Menurut penghibur tersohor, Datuk M. Nasir, kebanyakan artis muda belum menguasai kemahiran tersebut ketika diminta bernyanyi secara langsung.

“Tidak minum air di pentas itu semua hanya teknik sahaja walaupun lagu yang dipersembahkan itu mencabar.

“Saya seorang penyanyi yang gemar melakukan ‘adlib’ membuatkan persembahan secara langsung berlainan dengan rakaman,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Malah menurutnya lagi, kebanyakan artis baru pada hari ini belum cukup mahir menguasai teknik persembahan di samping tidak menyanyikan lagu yang sesuai dengan kebolehan vokal mereka.

“Artis baharu perlu digilap selain diajar teknik nyanyian yang betul.

“Saya lihat, ada dalam kalangan mereka yang menyanyikan lagu di luar kemampuan.

“Hasilnya, mereka hanya boleh lakukan yang terbaik semasa rakaman. Namun ketika siaran langsung, mereka tidak boleh nyanyi. Mereka juga kena belajar cari lagu yang sesuai,” katanya.

Terdahulu, M.Nasir mencuri tumpuan apabila tidak minum air di atas pentas sepanjang tiga jam konsert M45IR Cipta 2 di Axiata Arena pada 12 Oktober. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN