Jika sudah bertudung, saya tidak mahu buka kembali - Ameera Khan - Utusan Malaysia

Jika sudah bertudung, saya tidak mahu buka kembali – Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh, Ameera Khan, menyimpan hasrat untuk kembali bertudung.

Bagaimanapun, Ameera atau Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, mengakui sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhijab sepenuhnya.

“Tentang bila mahu bertudung ini, ia sebenarnya adalah soalan yang saya tanyakan kepada diri saya.

“Seumur hidup, saya sudah dua atau tiga kali pakai tudung. Tapi selalu rasa mahu buka balik.

“Jadi selepas ini kalau saya berhijab, saya tidak mahu buka kembali sampai bila-bila,” katanya ketika menjawab soalan peminat semasa sesi siaran langsung di Instagram pada Sabtu.

Bukannya mahu memberi alasan, adik kepada selebriti popular, Neelofa itu memohon doa orang ramai agar tekadnya untuk kembali bertudung dipermudahkan.

“Dengan doa semua orang, doa saya, ibu bapa, insyaAllah saya pastinya akan pakai tudung.

“Ini bukan tentang saya tidak bersedia atau apa, saya tahu saya tidak boleh kata begitu.

“Cuma apa yang saya boleh cakap, jika masanya sudah tepat, semoga Allah akan mudahkan.

“Saya juga doakan anda yang menonton video ini, mungkin berada dalam situasi sama seperti saya akan dipermudahkan bertudung,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya