PASIR SALAK: Kira-kira 30 nelayan darat Sungai Kinta di sini bimbang pendapatan mereka terjejas berikutan jeti di Kampung Batang Pelanduk di sini ditenggelami air sungai yang naik sehingga melimpahi tebing. Keadaan bertambah buruk apabila air sungai naik mendadak disebabkan fenomena air pasang besar dan hujan berterusan ketika ini. Wakil nelayan Kampung Batang Pelanduk, Ibrahim Shafie, 67, berkata, jeti tersebut sudah tenggelam sejak beberapa hari lalu menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke sungai untuk menangkap ikan. Katanya, selain hasil tangkapan yang kurang akibat fenomena air pasang besar, nelayan juga sukar untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya