Jeti baharu tingkat pengunjung Pengkalan Kempas

Jeti baharu tingkat pengunjung Pengkalan Kempas

KEADAAN terkini jeti Pengkalan Kempas, Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan yang akan dibina baharu dengan prosesnya bermula Disember ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah jeti baharu dianggarkan bernilai RM50,000 akan dibina di Pengkalan Kempas, Linggi di sini pada Disember ini bagi menggantikan jeti lama yang sudah berusia lebih 20 tahun.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, jeti baharu itu bukan hanya memanfaatkan nelayan berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri tetapi pengunjung yang mencecah sehingga 1,000 orang pada hujung minggu.

Katanya, kemudahan yang diperoleh melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan itu juga memanfaatkan pelancong yang menaiki perkhidmatan Eco-Cruise Sungai Linggi dari Paya Lebar, Melaka.

“Tender sudah dikeluarkan dan dijangka kerja-kerja pembinaan dimulakan pada Disember ini. Diharap apabila ada jeti baharu menambah kehadiran pelancong terutama mereka yang datang menaiki river cruise.

“Yang kita tahu perkhidmatan river cruise dari Melaka memang aktif dan mendapat sam­butan menggalakkan. Mereka juga memang ada perancangan untuk membawa pelancong-pelancong singgah ke Pengkalan Kempas.

“Di sini kita terkenal dengan nilai sejarahnya iaitu merupakan sebuah pelabuhan lama dan menjadi pendaratan lama masyarakat Cina ke Linggi selain terdapat lokasi ‘batu hidup’ megalith,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Faizal, di kawasan tersebut juga terdapat hampir 100 buah bot yang boleh disewakan pengunjung bagi tujuan memancing atau menelusuri Sungai Linggi.

Sementara itu, seorang nelayan di Pengkalan Kempas, Lee Ching Dong, 37, berkata, projek menaik taraf jeti berkenaan sesuatu yang sangat ditunggu-tunggunya bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir bagi menyewa bot.

“Selain keluar mencari hasil sungai setiap hari, saya juga menyediakan khidmat 10 biji bot untuk disewa dengan kadar RM50 hingga RM90 mengikut kesesuaian.

“Kalau ada jeti yang lebih selamat, selesa serta cantik, tentunya pengunjung lebih tertarik datang ke sini bagi mendapatkan khidmat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya