Jentera diketuai Azmin terbaik - Peja

Jentera diketuai Azmin terbaik – Peja

Ahmad Faizal Azumu (dua dari kanan) bersama Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Suhaimi Yahaya (kanan), Saiful Adli Arshad (dua dari kiri) dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Amirul Fahmi Mohd. Mazlan Kushairi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLITUSAN/MUHAMD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempertahankan Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan kekalahan teruk gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, baru-baru ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Mohamed Azmin telah menyediakan jentera yang mantap pada PRK berkenaan sekali gus menolak dakwaan pemimpin itu menjadi penyumbang kepada kekalahan PN.

“Saya berpendapat Datuk Seri Azmin telah sediakan satu jentera pilihan raya mantap dan saya berpandangan jentera pilihan raya kami antara yang terbaik.

“Malangnya keputusan tidak menyebelahi kami dan kami akan bangkit. Pucuk kepemimpinan akan bekerjasama dengan kuat bagi memastikan kemenangan di masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pemimpin Bersatu yang enggan dinamakan dilaporkan berkata, Mohamed Azmin ‘tidak melakukan tugasnya dengan baik’ dalam menggembleng jentera gabungan itu.

Malah, pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan jentera luar ketika melaksanakan kempen, sekali gus menyifatkan Mohamed Azmin tidak menyelaraskan jentera pilihan raya dengan baik.

Ahmad Faizal bagaimanapun mengakui pihaknya perlu memperkemas jentera bagi mendepani pilihan raya akan datang.

“Segala perkara yang kami alami di Mahkota akan diambil sebagai iktibar untuk meneruskan lagi usaha untuk memastikan perjuangan kami diterima dalam kalangan rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya