Jennifer Lawrence hamil anak kedua - Utusan Malaysia

Jennifer Lawrence hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Jennifer Lawrence, 34, bakal menimang cahaya mata kedua.

Perkembangan itu disahkan jurucakapnya kepada majalah Vouge, baru-baru ini.

Spekulasi mengenai kehamilan kedua pelakon itu bertiup kencang selepas Jennifer dirakam paparazi dalam keadaan perutnya membesar, baru-baru ini.

Jennifer, yang sah bergelar isteri kepada pengarah galeri seni, Cooke Maroney pada 2019, kini memiliki seorang anak bernama Cy Maroney yang berusia dua tahun.

Pelakon filem Don’t Look Up itu sebelum ini berkongsi kepada majalah Vouge mengenai pengalaman sulung bergelar ibu.

“Ibarat hidup saya baru bermula, seperti hari pertama kehidupan saya.

“Saya dalam fasa bahagia, bersama anak dan suami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya