Jenayah komersial turun 10% tapi nilai kerugian naik  23%

Jenayah komersial turun 10% tapi nilai kerugian naik  23%

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,447 kes jenayah komersial direkodkan sehingga 13 Oktober lalu iaitu menurun 10 peratus berbanding 26,033 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah tersebut, secara  purata polis menerima 67 kes sehari berkaitan jenayah komersial sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, daripada kes-kes yang dilaporkan tahun ini ia membabitkan nilai kerugian sehingga RM1.612 juta. 

“Nilai kerugian tahun ini meningkat  sebanyak 23 peratus berbanding tahun lalu.

“Dari aspek jumlah pertuduhan, 47 peratus atau 11,047 kertas siasatan telah berjaya dituduh sepanjang tahun  2024,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.

Kata  Ramli, indikasi kes-kes diterima tahun ini menunjukan masyarakat semakin sedar  mengenai jenayah komersial dan berharap momentum terus dikekalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya