Jemaah Menteri putuskan dasar sedia ada sijil halal

Jemaah Menteri putuskan dasar sedia ada sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada berhubung pensijilan halal yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan Majlis Agama Islam Malaysia (Main) yang bersifat sukarela.

Keputusan itu diputuskan selepas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal sebelum ini dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September lalu.

Berdasarkan jawapan lisan yang dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen bertarikh semalam (14 Oktober), Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan oleh Jakim, Main, dan Jain sejak 1974 lagi.

Katanya, perkara itu telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Dagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini bermaksud ia adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” katanya dalam jawapan lisan tersebut.

Pada 6 September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd. Na’im Mokhtar, berkata Jakim mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Cadangan itu kemudiannya mendapat respon daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dilaporkan berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Ini kerana, Teresa mendakwa pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambahkan kos pentadbiran.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya