Jelita di usia 52, Sofia Jane tidak sentuh makanan segera, diproses - Utusan Malaysia

Jelita di usia 52, Sofia Jane tidak sentuh makanan segera, diproses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktres tersohor, Sofia Jane mendedahkan sudah beberapa tahun berhenti mengambil makanan segera atau yang diproses.

Kata pemilik nama sebenar Sofia Jane Hisham itu, tindakan itu diambilnya untuk menjaga kesihatan pada usia 52 tahun.

“Pada usia sekarang, saya hanya makan makanan yang menyihatkan tubuh saya.

“Ia sangat mudah, tapi ramai yang tidak percaya. 

“Selain itu, sebaik sahaja bangun pagi, saya akan bersenam di gimnasium untuk pastikan saya sihat,” katanya ketika ditemui pada sesi penggambaran drama One Cent Thief 2, baru-baru ini.

Sofia disoal mengenai rutin penjagaan kesihatan dan kecantikannya pada usia 52 tahun.

Kata Pelakon filem Mira Edora itu, tiada perkara lain yang diharapkannya selain kesihatan yang berkekalan.

Jelas Sofia, sebagai pelakon, kesihatan amat penting dan menjadi keutamaan.

“Kalau saya mahu bekerja lebih lama, saya kena sentiasa sihat, mental dan fizikal. 

“Saya pasti kebanyakan wanita yang bekerja dalam industri ini dan seusia saya juga mengharapkan perkara yang sama.

“Masa bekerja kami bukan seperti waktu perjabat, kerja siang malam, ikut jadual yang tidak menentu. Sebab itu kesihatan perlu diutamakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN