Jelajah Tani kayu ukur, medium kerajaan dekati usahawan

Jelajah Tani kayu ukur, medium kerajaan dekati usahawan

FAHMI Zainol (tengah) bersama penerima sumbangan sempena Program Jelajah Tani 2024 Peringkat Daerah SPU, di Kampung Paya dekat Permatang Tok Gelam, Butterworth, Pulau Pinang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Program Jelajah Tani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) boleh menjadi kayu ukur dalam memastikan hubungan antara kerajaan dan usahawan industri asas tani melalui pe­nyaluran bantuan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agro­teknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, program yang baharu dilancarkan bulan ini itu juga menunjukkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri bagi meningkatkan pembangunan agro pertanian dalam kalangan pengusaha tempatan.

“Program Jelajah Tani ini kita lancarkan mengikut daerah secara berperingkat dan daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Kampung Paya dekat Permatang Tok Gelam di sini menjadi lokasi kedua jelajah (selepas daerah Seberang Perai Selatan baru-baru ini).

“Malah, pada hari ini (kelmarin) juga kerajaan negeri melalui beberapa agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian negeri turut menyampaikan sumbangan kepada usahawan tani tempatan bagi membolehkan mereka meningkatkan produktiviti masing-masing dengan lebih terjamin,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan program tersebut, kelmarin.

Katanya, dengan penyaluran bantuan kepada golongan usahawan tani terpilih, ia secara tidak langsung mampu meningkatkan nilai tambah produk akhir di samping membantu mereka untuk menembusi pasaran yang lebih jauh seterusnya menghasilkan pendapatan lumayan kepada golongan tersebut.

“Di peringkat Pulau Pinang, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM13 juta setahun untuk pembangunan sektor pertanian dan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan amat prihatin dalam memastikan keterjaminan makanan di mana rakyat keseluruhannya dapat menikmati sumber makanan yang mencukupi, selamat dan mudah diakses.

“Apa yang lebih penting kita hendak lebih ramai rakyat memanfaatkan segala bentuk bantuan mahupun terlibat dalam sebarang bentuk program kerajaan menerusi pelbagai sektor demi memastikan masa depan negara lebih terjamin selain dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Sementara itu, penganjur ber­sama program yang juga Pengerusi Komuniti Madani Telok Ayer Tawar, Aiman Fashehah Ahmad berkata, pihaknya terharu apabila lebih 1,000 penduduk di kawasan setempat hadir memeriahkan program jelajah di daerah itu.

“Alhamdulillah kami berjaya mencapai sasaran iaitu lebih 1,000 penduduk setempat turut serta dalam acara yang kami laksanakan menerusi Program Jelajah Tani kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya